Menulis surat rasmi bukannya senang, tetapi dengan tip-tip yang penting, kita boleh lulus dengan cemerlang. Dalam sebuah surat rasmi, ia harus mengandungi TNNTNPPPPT, iaitu:
1) Tarikh
2) Nama pengirim
3) Nama penerima
4) Tajuk surat
5) Nama pengadap
6) Perenggan pertama, 1-2 ayat (tujuan menulis)
7) Perenggan kedua, isi pengenalan masalah
8) Perenggan ketiga, isi-isi surat, huraian dan contoh
9)Penutup surat
10) Tandatangan
Semua perkara yang telah disebut di atas penting dan harus ada di dalam surat rasmi yang ingin ditulis. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh lulus dengan cemerlang hanya dengan mengingati sepuluh perkara diatas ini. Kita juga harus membuat banyak latihan unutk mind kita supaya kita tidak gementar apabila mendapat soalan begini untuk peperiksaan.
Sebuah contoh surat rasmi begini:
Baru-baru ini kamu menaiki MRT dan mendapati bahawa ia kotor dan tidak terurus.Orang ramai tidak mempedulikan keadaan yang kotor itu dan ada yang masih membuang sampah sembarangan. Kamu berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah.
Tuliskan sepucuk surat kepada pegawai di Syarikat Sistem Gerak Cepat, MRT untuk memberikan pandangan kamu mengenai situasi ini dan sarankan juga bagaimana ia boleh diperbaiki.
27 Mac 2012
Siti Binte Ahmad
Blk 332 Hougang Ave 4
#08-08
Singapura 456789
Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapura 123456
Tuan/Puan
Per: Kekotoran dalam MRT
Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian tuan/puan kepada keadaan MRT yang baru saya naiki pada hari Sabtu yang lalu.
Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menaiki MRT apabila mahu pergi ke sekolah. Alangkah terperanjatnya saya apabila sampah sarap meratai gerabak sisa-sisa makanan, paket-paket makanan dan pelbagai lagi mempenuhi MRT dan apa yang lagi megejutkan ialah bagaimana orang ramai boleh mempedulikan sampah itu dan kebusukannya.
Saya rasa bukan salah pekerja-pekerja pembersihan, tetapi kesalahan khalayak ramai yang tidak bertimbang rasa. Saya rasa anda patut merancang kempen untuk mengajar mereka adab di dalam MRT.
Saya berharap anda akan memikirkan tentang idea saya.
Sekian,
Siti Binte Ahmad
Itulah contoh surat rasmi saya. Saya harap saya dapat menolong kamu. Bye! :D