Jumaat, 24 Ogos 2012

Video Yang Paling Saya Gemari

Inilah video kegemaran saya!

















Saya suka video ini kerana ia mengajar kita mengapa kita harus menghargai ibu bapa kita. Ini kerana apa yang kita buat kepada mereka, tentu akan kembali kepada kita. Contohnya, dalam video ini, ibu bapa budak-budak kecil itu membuat sesuatu yang tidak elok kepada ayah mereka, dan sesuatu telah membuat mereka sedar bahawa ibu bapa adalah sebuah pengharagaan yang tidak boleh ditukar. Kasih sayang yang mereka telah memberi kita peluang untuk berjaya, dan sesiapa yang pernah ditatang minyak yang penuh sebelum ini, patut membalas budi baik mereka sebanyak mungkin, cara terbaik adalah menjaga mereka dengan baik apabila mereka sudah tua.

Ahad, 12 Ogos 2012

Hari Terakhir Percutian :(

Sudah tamat cuti panjang kami ya? Rasa seperti baru dua hari begitu. Aduhai, sakitlah kaki saya jalan-jalan tadi! Ya, saya dan keluarga pergi ke Geylang lagi, untuk menghabiskan shopping kami yang tidak terhabis pada hari Khamis. Selepas ini, saya harus mengelap tingkap, dan bersihkan rumah bersama kakak saya. Sengaja diperli. Dalam masa beberapa jam ini, saya harus bersihkan rumah dan mengulangkaji pelajaran untuk Common Test esok. Urgh! Sungguh banyak perkara membuat kepala saya runsing! Sudahlah, saya mahu mengemas rumah sekarang. Bye semua! :)

Sabtu, 11 Ogos 2012

Hari Percutian Hari Kebangsaan #4

Hello, semua! Hari ini saya sangat gembira kerana dapat menjumpa anak saudara kedua saya yang comel sekali! Setelah lama tidak jumpa, akhirnya saya dapat ubatkan rindu saya kepadanya. Hari Raya sudah dekat, tinggal seminggu lagi... Semua sudah beli kuih raya? Sudah bersihkan rumah? Baju raya pula? Banyak pula soalan ya? Saya terlalu ghairahlah ingin menyambut Hari Raya tahun ini. Yalah, sudah ada tambahan baharu dalam keluarga. Lebih meriah rumah ibu bapa saya nanti! Mana dengan tertawa, tangisan dan pelbagai lagi lah! Banyak pula saya cakap hari ini. Sambung esok sahaja lah. Sehingga esok! :)

Jumaat, 10 Ogos 2012

Hari Percutian Hari Kebangsaan #3

Hari ini saya buka dengan penuh selera! Ada pelbagai makanan, termasuk makanan-makanan kegemaran saya, spaghetti dan pizza! Memang bulan puasa ini bulan mulia. Dapat pahala lebih, dapat makan pun lebih! Tiada apa lagi yang menarik hari ini, hanya membosankan sahaja. Jadi, jumpa lagi! ;)

Khamis, 9 Ogos 2012

Hari Percutian Hari Kebangsaan #2

Sungguh cepat masa berlalu hari ini. Yalah, tadi berjam-jam di Geylang! Membeli-belah memang memenatkan... Cubaan, cubaan, tetapi ia bukannya tidak berbuah hasil, saya dapat baju kurung yang cantik menawan, kasut tinggi lampai! Sampai rumah sahaja, campak semua barang dan terlentang di katil. Walaubagaimana pun, kepenatan saya itu tidak menghalang saya daripada menonton NDP tau! Memang menarik perhatian dan menakjubkan! Hingga sini sahaja. Bye! :)

Rabu, 8 Ogos 2012

Hari Percutian Hari Kebangsaan #1

Hari ini adalah hari pertama 'percutian' sekolah untuk Sekolah Menengah Xinmin. Wah, lima hari di rumah, mahu buat apa? Lagi-lagi kalau ada ujian-ujian untuk dua minggu! Apa lagi, belajarlah... Haii... Hari ini, di sekolah kami semua pelajar-pelajar dan guru-guru Xinmin menyambut Hari Kebangsaan. Oh ya, ada juga pelajar-pelajar dari pelbagai negara seperti India, Japan dan Hong Kong. Semua segmen-segmen yang dipentaskan sungguh menarik! Saya tidak sangka yang pelajar-pelajar Sekolah Menengah Xinmin ada bakat yang hebat! Hingga sinilah sahaja hari ini. Bye! :)