Peperiksaan ahkir tahun akan datang tidak lama lagi. Ia akan bermula pada 27 September dan akan berakhir pada 9 Oktober, dan kertas pertama adalah kertas Bahasa Melayu. Saya berasa amat gelisah. Walaubagaimana pun, saya telah bermula mengulangkaji pelajaran, terutama sekali subjek-subjek yang saya rasa saya lemah dalam, iaitu Matematik, Geography dan Sains. Tambahan lagi, peperiksaan madrasah saya akan diadakan selepas itu. Tiada masa untuk saya berehat... Tidak mengapa, saya percaya bahawa jikalau saya belajar rajin-rajin, saya akan terus berjaya! Bak kata orang, "Suffer first, then ENJOY!"
2) Format Surat Rasmi
Untuk peperiksaan akhir tahun, penulisan surat rasmi akan diuji. Jadi, saya ingin mengingat kembali apa yang telah saya belajar untuk ini.
TNNTNPPPPT iaitu:
1) Tarikh
2) Nama dan alamat pengirim
3) Nama dan alamat penerima
4) Tajuk surat
5) Nama pengadap
6) Perenggan pertama, 1-2 ayat (tujuan menulis)
7) Perenggan kedua, isi pengenalan masalah
8) Perenggan ketiga, isi-isi surat, huraian dan contoh
9) Penutup surat
10) Tandatangan (Nama dan jawatan pengirim)
Tarikh
Nama dan alamat pengirim
Nama dan alamat penerima
Tajuk surat (Per: _____________)
Nama pengadap (Tuan/Puan)
Perenggan pertama
Perenggan kedua
Perenggan ketiga
Penutup surat
Tandatangan: Yang benar,
(Nama dan jawatan pengirim)
3) Format Kertas 2
Inilah format Kertas 2:
- Cari Perkataan Tidak Berimbuhan
- Prosedur Cloz
- Peribahasa
- Kefahaman
- Kefahaman MCQ
- Ringkasan