Rabu, 28 Mac 2012

Bagaimana Menulis Surat Rasmi

Menulis surat rasmi bukannya senang, tetapi dengan tip-tip yang penting, kita boleh lulus dengan cemerlang. Dalam sebuah surat rasmi, ia harus mengandungi TNNTNPPPPT, iaitu:
1) Tarikh
2) Nama pengirim
3) Nama penerima
4) Tajuk surat
5) Nama pengadap
6) Perenggan pertama, 1-2 ayat (tujuan menulis)
7) Perenggan kedua, isi pengenalan masalah
8) Perenggan ketiga, isi-isi surat, huraian dan contoh
9)Penutup surat
10) Tandatangan

Semua perkara yang telah disebut di atas penting dan harus ada di dalam surat rasmi yang ingin ditulis. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh lulus dengan cemerlang hanya dengan mengingati sepuluh perkara diatas ini. Kita juga harus membuat banyak latihan unutk mind kita supaya kita tidak gementar apabila mendapat soalan begini untuk peperiksaan.

Sebuah contoh surat rasmi begini:

Baru-baru ini kamu menaiki MRT dan mendapati bahawa ia kotor dan tidak terurus.Orang ramai tidak mempedulikan keadaan yang kotor itu dan ada yang masih membuang sampah sembarangan. Kamu berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah.

Tuliskan sepucuk surat kepada pegawai di Syarikat Sistem Gerak Cepat, MRT untuk memberikan pandangan kamu mengenai situasi ini dan sarankan juga bagaimana ia boleh diperbaiki.

27 Mac 2012
Siti Binte Ahmad
Blk 332 Hougang Ave 4
#08-08
Singapura 456789

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapura 123456

Tuan/Puan

Per: Kekotoran dalam MRT

Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian tuan/puan kepada keadaan MRT yang baru saya naiki pada hari Sabtu yang lalu.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menaiki MRT apabila mahu pergi ke sekolah. Alangkah terperanjatnya saya apabila sampah sarap meratai gerabak sisa-sisa makanan, paket-paket makanan dan pelbagai lagi mempenuhi MRT dan apa yang lagi megejutkan ialah bagaimana orang ramai boleh mempedulikan sampah itu dan kebusukannya.

Saya rasa bukan salah pekerja-pekerja pembersihan, tetapi kesalahan khalayak ramai yang tidak bertimbang rasa. Saya rasa anda patut merancang kempen untuk mengajar mereka adab di dalam MRT.

Saya berharap anda akan memikirkan tentang idea saya.

Sekian,
Siti Binte Ahmad

Itulah contoh surat rasmi saya. Saya harap saya dapat menolong kamu. Bye! :D

Rabu, 29 Februari 2012

Pengunaaan Ialah dan Adalah

 Pengunaan 'IALAH' dalam ayat:
 Harus digunakan di hadapan Kata Nama
Contoh 1: Nama saya IALAH Nur Syahidah. (Nur Syahidah adalah Kata Nama)
Contoh 2: Sekolah menengah saya IALAH Sekolah Menengah Xinmin. (Sekolah Menengah Xinmin adalah Kata Nama)
Contoh 3: Nama kucing saya IALAH Sayang. (Sayang adalah Kata Nama)
Pengunaan 'ADALAH' dalam ayat:
Harus digunakan di hadapan Kata Adjektif atau Kata Sendi Nama. Walaubagaimanapun, ADALAH tidak boleh digunakan di hadapan Kata Kerja.
Contoh 1: Hobi saya ADALAH membaca buku. (Membaca buku adalah Kata Adjektif)
Contoh 2: Rasyidah ADALAH seorang yang bijak.
Contoh 3: Perkara yang saya paling tidak suka ADALAH membelajar.

Jumaat, 17 Februari 2012

Mengapa saya memilh tajuk blog ini?

Saya memilih tajuk blog yang bernama 'Hayati Bahasa Melayu' kerana saya rasa kita semua patut sayangi bahasa ibunda kita. Oleh kerana tidak ramai orang yang tidak sayangi atau menghargai bahasa kita, saya memilih tajuk ini supaya saya boleh membuka mata dan hati mereka. Walaupun kita harus sering bercakap dalam Bahasa Inggeris, kita masih boleh menghargai Bahasa Melayu dengan tidak melupakan bahasa ini.

Khamis, 16 Februari 2012

Blog Bahasa Melayu?

Saya tidak pernah ada sebuah blog untuk Bahasa Melayu, tetapi saya cubalah dahulu. Saya rasa hairan mengapa kami harus mengadakan blog untuk Bahasa Melayu. Saya rasa ia masih penting kerana zaman ini zaman teknologi. Bagi saya, belajar dari komputer adalah seronok dan menarik! Walaupun saya tidak biasa dengan blog ini, saya akan menyesuaikan diri dan menghargai blog ini selama-lamanya.