Rabu, 14 Ogos 2013

Watak dan Perwatakan Dalam Novel Negeri 5 Menara

Watak yang telah saya pilih ialah emak Alif. Dia mempunyai keluarga yang menegakkan agama dan oleh kerana itu, beliau juga menjadi seorang wanita yang mementingkan agama. Beliau mahu anaknya menjadi seorang yang pakar dalam pengetahuan agama supaya penegakkan agama dalam darah keluarganya tidak terputus.

Emak Alif juga seorang yang menjaga auratnya. Setiap kali beliau keluar untuk pergi ke mana-mana, beliau akan memakai baju kurung dan tidak pernah memakai pakaian yang akan mononjol-nonjolkan badannya. Emak Alif mungkin telah diajar tabiat ini daripada usia muda oleh ibunya.




Watak ini mengajar saya bahawa kita harus menegakkan agama dan bahawa kita harus mempunyai harapan tinggi untuk masa hadapan kita dan keluarga kita.

1 ulasan:

  1. Saya bersetuju dengan awak. Kita mestilah mempunyai cita-cita tinggi dan menghormati ibu bapa kami kerana merekalah yang membesarkan kami.

    BalasPadam