Pada cuti sekolah bulan Jun yang lalu, saya telah pergi
melancong ke Bali, Indonesia bersama ibu bapa saya dan keluarga kakak sulung
saya. Kami melawat Bali selama tiga hari dua malam. Pengangkutan yang telah
kami naiki ialah kapal terbang syarikat penerbangan Jetstar. Semasa berada
di dalam kapal terbang tersebut, saya terasa mabuk, tetapi mujurlah perjalanannya
tidak lama, iaitu selama dua jam sahaja.
Apabila sampai di Bali, kami menaiki teksi ke
Febris Hotel, iaitu sebuah hotel yang bertemakan resort tropikal. Setelah
mendaftar masuk ke dalam hotel itu, kami pergi ke bilik masing-masing. Saya berkongsi bilik bersama ibu bapa saya manakala kakak sulung saya berkongsi bilik bersama suami dan anak kecilnya.
Walau bagaimana pun, bilik-bilik kami mempunyai sebuah pintu yang membenarkan
kami untuk masuk ke dalam bilik satu sama lain.
|
Bilik yang saya kongsi bersama ibu bapa saya |
Di Bali, kami sudah tentu melawati
tempat-tempat yang menarik dan popular di situ. Kami telah pergi ke sebuah
restoran yang terletak di atas sebuah bukit, dan apabila pelanggan melihat ke
luar restoran itu,mereka dapat menikmati satu pemandangan yang menakjubkan.
|
Restoran yang diletak di atas sebuah bukit |
Kami juga pergi ke Tanah Lot, iaitu kuil buat orang Hindu
yang tinggal atau hanya melawat Bali.
|
Tanah Lot |
Pada hari terakhir, kami telah pergi ke pelbagai tempat beli-belah dan kedai-kedai di tepi jalan yang menjual barang untuk para pelancong seperti baju, kasut dan cenderahati-cenderahati yang kecil.
Selama berada di situ, kami sekeluarga telah membelanjakan sekurang-kurangnya $500 mata wang Singapura. Ini termasuk perbelanjaan makanan dan minuman di Bali, barang-barang yang dibeli di kedai runcit, duit perbelanjaan untuk perjalanan melalui teksi dan barang-barang lain seperti cenderahati buat rakan-rakan dan ahli keluarga kami di Singapura.
Suatu peristiwa yang mencuit hati adalah
apabila bapa saya sedang memilih baju untuk dibeli sebagai kenangan. Bapa saya
berpusing-pusing di tempat pakaian selama lima belas minit kerana dia runsing
baju fesyen apa yang dia mahu. Peristiwa ini sangat melucukan kerana bapa saya
tidak pernah berperangai sebegini sebelum ini apabila memilih pakaian!
Saya rasa bahawa percutian ini telah memberi
saya banyak pengalaman baru seperti menaiki kapal terbang dan melihat kuil-kuil Hindu yang bersejarah. Saya juga telah mempelajari sedikit-sebanyak tentang
budaya orang Bali dan juga untuk menghargai apa yang saya ada kerana di Bali,
ada segolongan orang yang hidup mereka tidak semewah seperti penduduk di Singapura.